Sunday, February 12, 2012

Hello

Assalamualaikum...

Salam awal minggu untuk semua dan Salam Maulidur Rasul juga. Sebenarnya minggu lepas saya semasa sedang menulis entri tentang Maulidur Rasul, laptop saya terkena virus maka entri tu tak sempat disiapkan. Separuhnya adalah kesilapan saya sendiri, dah tau website tu dah di blacklist oleh mozilla tapi nak jugak masuk, jadi 2, 3 hari selepas tu saya sibuk membuang virus dan Alhamdulillah laptop saya tak terkena kesan yang teruk.

Hi, just wanna say Hello ( I miss you actually)

Minggu ini saya ke Taman Tasik Perdana lagi, nampaknya berekreasi di Taman Tasik Perdana dah menjadi rutin kami, termasuk minggu ni dah empat minggu berturut-turut kami ke situ. Saya suka berjalan-jalan di taman pada pagi hari, melihat makcik dan pakcik yang semangat bersenam buat saya rasa kagum dengan mereka. Minggu ini kami berjalan-jalan mengelilingi taman dan bermain badminton, seronok sehh main badminton kat taman. Tapi disebabkan semalam saya menaiki tangga yang sangat tinggi maka hari ni badan saya sakit-sakit, huhu kesan lama tak bersenam.

Asyik cakap pasal taman je kan, emm saya dah tak tahu apa nak ditulis dah kehabisan idea maka baik saya berhenti saje. Entri kali ni tak ada motif cuma mahu ucapkan Hello buat semua sebab dah lama tak menulis entri. Harap minggu korang baik-baik saja ok.

p/s: Oda memang rindu nak menulis tapi malam ni kepala blank lak sebab badan lenguh dan penat (@_@).

No comments: