Wednesday, September 30, 2009

Team Outing at Seoul Garden

Assalamualaikum...



Bergambar kat depan lepas makan, muka-muka gumbira sebab dah kenyang (^_^)

Semalam ada team outing kat Seoul Garden di IOI Mall, tu restoran Korea. Rancangan outing ni baru je diaorang buat, last kitaorang buat team outing masa pergi sunway lagoon hari tu. Dah lama dah nak rasa makan makanan korea nih, memang best la restoran ni, lain kali leh ajak Rozila datang sekali. Semalam dapat cuba macam-macam makanan korea yang selalu tengok dalam drama dia macam kimchi, buldogi etc. Kitaorang makan buffet, makan banyak jenis la makanan dia sampai sakit perut makan. Makan kat sini kena masak sendiri, pilih la sama ada nak makan ala-ala steamboat atau nak grill, dua-dua pun boleh. Part kena masak tu yang buat kita jadi lebih seronok sebab kalau makan saja kan bosan sikit.

Penuh makanan kat atas meja

Lagi-lagi gambar masa tengah makan

Bagus jugak la buat team outing ni, dapat la hilangkan stress sambil bergumbira bersama teammates semua. Tapi sebab ramai yang tak dapat datang jadi rasa agak disappointed la, Team A hampir semua datang kecuali Redika dan Puven, Team B la sha sorang jek yang datang. Saje je nanti jumpa bebudak Team B ni memang nak sound la, anti sosial betul la korang ni. Dah la agak susah nak buat team outing untuk team kita nih (kitaorang team 24/7 jadi sentiasa kena ada kat oficce atleast sorang, semalam team lain cover kejap untuk outing ni).

p/s: Rasa lapar lak bila tengok gambar-gambar team outing nih

Sunday, September 27, 2009

Kisah Raya

Assalamualaikum...

Lepas je cuti raya mesti mood nak kerja kurang kan, lagi-lagi kalau yang cuti sekejap je. Saya nak kata sekejap tu takde la sangat tapi masih tak cukup, hehe. Semalam dah mula kerja balik, patutnya cuti sampai hari ni tapi Thina tak approve la pulak cuti, kena la balik KL awal. So kerja hari ni pun dengan tak ada perasaan sangat, tapi kerja tetap kerja mata pencarian tu jadi kenalah buat yang terbaik walaupun tak ada mood ek



Bergambar bersama Ma dan Mok (nenek) terchenta di pagi raya

Hari raya kali ni sama je macam tahun-tahun lepas cuma tahun ni kurang berjalan sebab abah cuti kejap je, so dia balik Kemaman awal (raya ke 2 dah balik dah). Kitaorang semua stay kat Kelantan sampai hari raya ke 5 sebab sepupu kahwin. Tak tahu la kenapa, rasa macam ada something missing je raya kali ni, perasaan sambut raya tu tak se-excited dulu. Kenapa ek??

Kepada kawan-kawan yang Oda lupa nak wish, Selamat Hari Raya. Maaf dipinta kalau ada salah dan silap ekk. Maaf jugak sebab mesej raya lambat dibalas, nak kata sibuk hari raya tu tak ada la buat-buat bz jek. Saya rindu beraya zaman budak-budak, sebab dapat duit raya. Tahun ni tak ada orang kasi duit raya pun (;_;)

p/s: Ni post yang ke 200, sebenarnya nak buat entry lain untuk post yang ke 200 tapi bila dah publish baru perasan post ni dah yang ke 200 (^_^)

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri 2009 dari Oda

Assalamualaikum...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Beberapa hari lagi je kita akan menyambut hari raya, mesti ramai yang dah terasa bahang hari raya. Kalau dengar radio pun asyik pasang lagu raya jek, bila tiba musim perayaan ni dengar la banyak kali lagu raya pun tak jemu kan. Banyak sangat lagu raya kegemaran, suka semua lagu raya yang lama-lama dan ada jugak lagu baru yang best. Sekarang ni paling suka dengar lagu senandung hari raya – Dayang Ku Intan dan lagu Raya – Jalil Hamid, huhuhu.

Ramadhan dah hampir ke penhujung kan, pejam celik pejam celik kejap je dah nak raya. Agaknya dapat tak kita jumpa lagi bulan ramadhan tahun depan. Emm excited raya pun jangan lupa tunaikan zakat fitrah ek, hari tu tengok kat Jusco Ekuin Park RM 7 tahun ni. Tak tahu la negeri lain camna, RM 7 tu untuk negeri Selangor la.

Salam Aidilfitri untuk semua (^_^)

Ampun dan maaf andainya..

Terkasar bahasa
Tersilap bicara
Termarah yang tak kena
Tertanya tak tentu hala
Tesasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik di telinga
Terhantuk di kepala
Terpinjam harta-benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila-bila
Termacam-macam lagi yang kena mengena


Semalam pergi servis kereta, ingat nak check tayar sekali tapi tak sempat so maybe kena pergi hari ni la. Orang kat pusat servis pun ramai sangat, biasa la kan dah dekat nak raya. Dengar pengumuman dalam radio sekolah mula cuti hari jumaat, huhu kan best kalau jumaat tu jadi cuti umum terus boleh la balik awal. Oda dah cuti hari jumaat tu tapi Rozila kerja lagi so kena la tunggu dia. Tak tahu lagi bila nak gerak balik kampung nih, kemungkinan besar hari sabtu tapi harap hari jumaat tu dah boleh start balik Kemaman. Tak larat la nak balik Kelantan terus, lagipun tahun ni tak ada sekali pun berbuka dengan ma dan abah (@_@).

Rasanya ramai yang gerak balik kampung hari sabtu nanti, waa mesti jam giler jalan. Tak apa la, semua pun balik dengan tujuan yang sama, nak menyambut hari raya bersama keluarga terchenta. Jom kita balik ramai-ramai, sila bawa kereta dengan berhemah ek. Semua orang pun harap selamat sampai ke pangkuan keluarga, jangan kita jadi penyebab tragedi orang lain. Sila pastikan kenderaan anda sesuai untuk perjalanan jauh, check la apa yang patut. Apa-apa pun Oda doakan kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing, InsyaAllah.

p/s: Siapa yang raya ni ada kat Kelantan, jemput la datang ke rumah yek.

Wednesday, September 9, 2009

Jubli Perak

Assalamualaikum...


Jubli Perak - 25 tahun sudah berlalu (^_^)[1]

Akhirnya sampai jugak ke saat ni, ada lebih kurang 30 jam je lagi sebelum berakhirnya zaman-zaman remaja. Dah nak masuk suku abad dah umur, hari ni dah 09.09.09 (hehehe nak jugak tulis tarikh ni) dan lusa dah 11.09.09 saya dan cik Rozila akan secara rasminya berumur 25 tahun. Dah boleh dah buat sambutan jubli perak, hehehe. Saya rasa umur 25 ni adalah penanda zaman remaja berakhir dan bermulalah alam dewasa (adult). Nurul pun ada cakap dulu, masa umur 24 kita tak rasa tua sangat tapi bila masuk 25 rasa macam agak tua sikit, rasanya tua kat sini sama maksud macam saya cakap tadi, rasa macam lebih dewasa.



Selamat Hari Lahir yang ke 25 Rozila (^_^)

Bertambah umur kita bermakna semakin hampir dengan saat kematian yang telah ditetapkan untuk kita. Sementara hidup pergunakanlah sepenuhnya untuk simpanan di akhirat nanti.

Sebelum ni saya selalu rasa yang saya ni agak kebudak-budakan tapi semenjak dua menjak ni rasanya lebih matang sikit. Mungkin disebabkan sekarang lebih banyak berfikir dari dulu, lagipun bila kita dah kerja ni mula pikul bermacam-macam tanggungjawab yang membuatkan kita jadi lebih matang. Tapi matang pun baru setahun jagung, banyak lagi perkara yang memerlukan saya lebih matang lagi. Saya masih lagi seorang yang amat beremosi, kadang-kadang benda kecil pun nak emosional. Rasanya kematangan diri datang seiring dengan umur kita kan, sebab life lesson comes with experience.

p/s: Ini adalah entry terakhir saya, serius tak tipu.. ni adalah entry terakhir saya semasa berumur 24 tahun, hehe. Esok dah off sampai ahad, yeayyyyy.

[1] Imej amik dari encik Google

Monday, September 7, 2009

Nuzul Quran

Assalamualaikum...

Hari ni 17 Ramadhan, tarikh dimana bermulanya mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW, al-Quran diturunkan kepada baginda. Salam Nuzul Quran buat semua, hari ni Selangor cuti sempena nuzul quran tapi Oda kerja jugak hari ni, yela kerja saya ni kan tak kira public holiday ke tak. Tak apalah, kerja pun ibadah jugak kan (>_<) hehe.

Imej amik dari encik Google

Petikan dari wikipedia tentang Nuzul Quran:


Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.


Masuk hari ke 17 ni dah terasa bahang raya dah, mungkin sebab pagi tadi dengar lagu raya dalam radio kot. Cepat je Ramadhan kali ni berlalu kan, sedar tak sedar dah dekat nak raya dah. Dalam 2,3 hari lagi pulak dah nak masuk ke 10 malam terakhir Ramadhan, semoga kita semua dipertemukan dengan malam Lailatul Qadr.

p/s: Dekat-dekat nak raya ni dah tak berapa ada mood nak keje dah ni, kepala asyik pikir nak balik kampung jek..hehe

Friday, September 4, 2009

Sihat Sebelum Sakit

Assalamualaikum...

Semalam buat pertama kali pergi melawat kakak sepupu selepas pembedahan injap jantung. Selepas beberapa kali ditunda, akhirnya pembedahan itu dijalankan pada hari selasa lepas. Alhamdulillah pembedahan berjaya dan Alang (akak sepupu) pun dah stabil, tapi dia still dibawah pengawasan lagi di CICU (Cardiac Intensive Care Unit). Sebenarnya ni pengalaman pertama Oda melihat orang yang baru lepas pembedahan yang besar ni, takut jugak tengok sebab wayar berselirat kat badan. Bila tengok keadaan ni buat kita rasa betapa syukurnya dengan masa sihat kita.


Imej amik dari encik Google


Bulan puasa dah nak masuk fasa ke dua dah, sudah sampai ke pertengahan ramadhan dah. Rasanya baru je semalam mula puasa, bulan puasa kali ni agak tidak produktif sangat sebab ada banyak komitmen. Harapnya fasa kedua nanti lebih produktif, InsyaAllah.

p/s: Buat kawan-kawan semua, amalkanlah hidup yang sihat, hargailah badan kita. Beringatlah sebelum terngadah ok. Nampaknya Oda kena la cuba untuk mula bersenam (owhhh...ganbate Oda!!)