Monday, September 7, 2009

Nuzul Quran

Assalamualaikum...

Hari ni 17 Ramadhan, tarikh dimana bermulanya mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW, al-Quran diturunkan kepada baginda. Salam Nuzul Quran buat semua, hari ni Selangor cuti sempena nuzul quran tapi Oda kerja jugak hari ni, yela kerja saya ni kan tak kira public holiday ke tak. Tak apalah, kerja pun ibadah jugak kan (>_<) hehe.

Imej amik dari encik Google

Petikan dari wikipedia tentang Nuzul Quran:


Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.


Masuk hari ke 17 ni dah terasa bahang raya dah, mungkin sebab pagi tadi dengar lagu raya dalam radio kot. Cepat je Ramadhan kali ni berlalu kan, sedar tak sedar dah dekat nak raya dah. Dalam 2,3 hari lagi pulak dah nak masuk ke 10 malam terakhir Ramadhan, semoga kita semua dipertemukan dengan malam Lailatul Qadr.

p/s: Dekat-dekat nak raya ni dah tak berapa ada mood nak keje dah ni, kepala asyik pikir nak balik kampung jek..hehe

No comments: