Friday, September 26, 2008

Salam Aidilfitri dari Oda

Assalamualaikum...


Dapatkan e-Card Raya, KLIK SINI

Salam Aidilfitri untuk semua (^_^)

Ampun dan maaf andainya..

Terkasar bahasa
Tersilap bicara
Termarah yang tak kena
Tertanya tak tentu hala
Tesasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik di telinga
Terhantuk di kepala
Terpinjam harta-benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila-bila
Termacam-macam lagi yang kena mengena


Alhamdulillah raya kali ini oda dapat balik berhari raya ke kampung. Sabtu ni akan balik kemaman berkonvoi dengan kawan-kawan, semoga kami semua selamat sampai ke destinasi.

Terima kasih kepada semua team member yang sangat memahami:
Nadia, Ana, Nirma, Selvi, Redika, Nathan, Enson, Aylia, Zek, Jais and Thina

Sunday, September 14, 2008

Proud To Be Muslim


credit picture and article to iluvislam

Kita Sebenarnya

  • lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !
  • lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal !
  • lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !
  • lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan !
  • lebih suka lepak, tidur, tengok TV..dll daripada Solat dan mengaji !
  • lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !
  • lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !
  • lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid!
  • lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri !
  • lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !
  • lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !
  • lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !
  • lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !
  • lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan !
  • lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !
  • lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat !

TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa

KITA SEBENARNYA......lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka !

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah???

p/s: Terasa la pulak.....

Saturday, September 13, 2008

Dilema

Sudah 13 hari umat islam berpuasa... kita sudah berada di fasa ke 2 Ramadhan... marilah sama-sama kita kejar keberkatan Ramadhan yang tinggal 17 hari saja lagi... mungkin ramai yang rasa 17 hari itu lama lagi tapi bulan Ramahdan datang setahun sekali sahaja...bulan keberkatan, pahala berlipat kali ganda pada bulan ini... diharap kita tidak termasuk dalam golongan yang tidak mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga daripada bulan mulia ini.....nauzubillah

Sekarang ini dalam dilema tentang cuti hari raya.... walaupun dah apply cuti tapi masih belum diapprove lagi.... dengan keadaan team yang tak berapa cukup orang... sorang teammate masuk hospital dan baru-baru ni ada sorang yang resign.... lagipun tahun ni team ramai melayu so agak dalam dilema pasal cuti raya...team lead cakap kalau nak cuti kena ada orang yang ganti.... sebenarnya nadia dah setuju nak ganti...tapi ada sedikit perasaan bersalah... tak sampai hati nak suruh dia keje masa hari raya.... emmm macam mana ni (*_*)

p/s: Oda tak pernah tak balik berhari raya.... camna la agaknya ekk kalau kena raya kat ofis...gamaknya menangis je la

Wednesday, September 10, 2008

From 3 to 4

Pernah tak dengar ungkapan Age is just a number... ini ungkapan biasa kita dengar bila kisah cinta antara lelaki muda dengan perempuan yang lebih tua...emm sebenarnya ungkapan tu tiada kaitan dengan entry kali ni.... tak tau la tiba-tiba teringat ungkapan ini bila umur dah semakin bertambah ni.....hehe

Esok pada 11 september 2008 akan bertambah satu tahun pada umur Oda dan rozila kalau diikut dengan kalendar yang semua kita guna sekarang la (Kalendar Gregory)...kalau mengikut kalendar islam umur kami akan bertambah pada 15 Zulhijjah dan pada 15 Zulhijjah nanti umur kami akan bertambah 2 tahun dari umur sekarang...

walaupun 11 september belum pun sampai lagi dan nombor tu belum pun berubah dari 3 ke 4 sudah ramai yang wish selamat hari lahir seawal semalam lagi.... terima kasih buat semua yang mengingati dan mendoakan kami... arigatou gozaimashita (^_^)

Rozila...
Selamat Hari Lahir ( otanjoubi omedetou gozaimau)

Reminder for Oda dan Rozila:

Bertambah umur kita bermakna semakin hampir dengan saat kematian yang telah ditetapkan untuk kita. Sementara hidup pergunakanlah sepenuhnya untuk simpanan di akhirat nanti.

Wednesday, September 3, 2008

Puasa dulu baru Raya

huhu...semenjak masuk Eidul Ramadhan al -Mubarak ni selalu dengar lagu raihan 'Puasa dulu sebelum Raya'...emm puasa baru masuk hari ke2 kan...ada org dah fikir pasal raya...emm i'm one of them...kekekeke bukan fikir pasal raya sangat tapi teringat kat parent kat kampung.... semenjak nak puasa ni rindu sangat kat ma kat kemaman...tak sabar nak balik raya... bestnya puasa kat kampung... lainnya puasa kat kl dengan kat kampung... kat kl bulan puasa tak terasa sangat sebab sama je dengan bulan lain bezanya kedai makan tak bukak jek.... kat sini semua cepat jek...puasa pun tak rasa lama.. rindunya nak balik... sabarlah oda....

Kepada kawan2 semua...selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak...semoga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan....

Di antara kelebihan bulan Ramadhan ialah bulan yang paling banyak disediakan ampunan oleh Allah S.W.T. Tetapi sungguh malang jika ada orang yang dapat menemui bulan tersebut tetapi dosa-dosanya tetap sahaja tidak diampuni oleh Allah. Hakikat ini tergambar di dalam sabda Nabi s.a.w. :

"Telah datang kepadaku malaikat Jibril lalu berkata : Ya Muhammad, barangsiapa mendapati Ramadhan, lalu setelah bulan itu keluar (berakhir) dosa-dosanya tidak diampuni, lalu dia mati, maka dia masuk neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakanlah : Amin ! Lalu akupun mengatakan : Amin."

[H.R. Khuzaimah dan Ibn Hibban dalam Sahihnya -Kitab : Nasaaihud Diniyyah ; Halaman : 37-39]