Sunday, September 14, 2008

Proud To Be Muslim


credit picture and article to iluvislam

Kita Sebenarnya

  • lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !
  • lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal !
  • lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !
  • lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan !
  • lebih suka lepak, tidur, tengok TV..dll daripada Solat dan mengaji !
  • lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !
  • lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !
  • lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid!
  • lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri !
  • lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !
  • lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !
  • lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !
  • lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !
  • lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan !
  • lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !
  • lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat !

TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa

KITA SEBENARNYA......lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka !

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah???

p/s: Terasa la pulak.....

No comments: