Sunday, September 30, 2012

September

Assalamualaikum...

Salam lama tak bersua semua. Ehem ehem, tersekat-sekat nak menulis, maklum la dah sebulan lebih tak menulis. Saya bukan sangat sibuk atau tak ada masa tapi entahlah, kalau penulis boleh la cakap terkena 'writer's block' tapi saya bukan penulis kan jadi abaikan je la apa yang saya tulis ni (merapu la pulak). 

Rindu sama kamu semua (@_@)

Saya tak ada cerita menarik nak bercerita sebenarnya, saya lebih suka buat entri yang ada topik tapi tak ada idea la. Nak cerita pasal 'Belanjawan 2013' saya tak ada la teruja sangat sebab tak banyak pun kelebihan yang saya dapat dan saya tak nampak relevan dalam sesetengah peruntukan yang dibentangkan tu. Paling tak tahan tu yang bahagian 'Rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar bagi belia berpendapatan RM3,000 ke bawah'. Peruntukan ni diletakkan di bawah pembagunan komuniti, apa kena mengena belia kita memiliki telefon pintar dengan pembangunan komuniti pun saya tak tahu la, sampai RM300 juta tu yang tak tahan tu. Haihh, tulis pasal benda ni buat saya emosi je.

Bulan lepas saya bercuti ke Pulau Redang, percutian yang dah lama saya nak buat tapi tak berkesempatan. Alhamdulillah percutian ni berjalan lancar je, Redang adalah sangat cantik (Subahanallah). Pertama kali saya ber-snorkeling menikmati keindahan lautan, ikan dan batu karang, cantik sungguh ciptaan tuhan kan. Walaupun cuaca pulau yang panas dan kami kehitaman tapi semuanya berbaloi dengan keindahan sekeliling. Tapi dalam cantiknya Redang tu ada cacatnya jugak, kebanyakkan orang kat sana tak agak-agak, tak kira la yang islam atau yang bukan islam tu macam lebih kurang je. Jadi bila kita tengok dari segi ni Pulau Redang tu cacat dengan perkara yang tidak sepatutnya, sedih tengok orang kita berkelakuan seperti orang bukan islam ni.

Cuti-cuti di Redang dan jalan-jalan di KLIA, huhu.

Minggu lepas kami sekeluarga dan kawan-kawan menghantar Along ke KLIA, seperti yang saya cerita pada entri sebelum ni Along akan ke Jepun selama setahun setengah. Sayu tengok ibu saya menangis berpisah dengan Along, dia tak biasa anak-anak dia pergi jauh sangat ni. Alhamdulillah Along dah selamat sampai di Jepun dua tiga hari lepas. Nampak gayanya dah boleh sesuaikan diri dengan tempat orang, nasib baik kawan Along tinggal agak dekat dengan Along kat sana jadi boleh la tolong tengok-tengokan Along. Harapnya Along ok je la kat sana ek, doa kami sentiasa bersama Along (^_^) InsyaAllah.

Bulan depan pulak saya akhirnya sampai juga hari konvokesyen saya, Alhamdulillah. Masa dapat tahu tarikh konvo tu saya dah teruja tak ingat dunia dah, hehe. Sampai juga masa yang di nanti, InsyaAllah bulan depan saya akan ke UTM Skudai untuk upacara konvokesyen tu. Kalau korang ada di sana jom la kita jumpa, kalau nak kasi bunga tu sangat dialu-alukan. Saya konvo pada 13 oktober 2012, sesi pagi. Doakan semuanya akan berjalan lancar ok. 

 Kamera baru Oda *saya sangat teruja (>_<)

Disebabkan Along dah ke Jepun maka kami semua tak ada kamera la sebab selalunya guna kamera Along je. Kebetulan pulak konvo bulan depan jadi saya buat keputusan nak beli kamera baru. Separuh hari berjalan di Low Yat Plaza semalam cari kamera akhirnya saya beli jugak kamre Nikon 1 J1 warna merah yang comel itu (sila lihat gambar di atas), huhu. Tak sabar pulak nak ambil gambar ni, mula-mula tu saya ingat nak beli DSLR tapi bila fikir saya ni bukan suka sangat fotografi jadi beli yang biasa-biasa je la, janji gambar cantik. Emm panjang bejela dah entri saya ni, harus berhenti ni. Harap-harap saya rajin sedikit menulis entri baru selepas ni ek.

p/s: Lupa pulak, terima kasih kepada semua yang mengucapkan dan meraikan hari lahir saya dan Cik Rozila pada 11 haribulan yang lepas. Sayang korang semua (^_^).

Sunday, August 26, 2012

Cerita Raya 2012

Assalamualaikum...

Salam 8 Syawal untuk semua. Walaupun agak terlambat, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua. Taqabbalallahu minna wa minkum, semoga Allah menerima amalan kita semua (^_^). Kalau ada salah dan silap saya pohon maaf yek. Saya bercuti selama 10 hari, tahun ni cuti raya saya sangat menyeronokkan dengan macam-macam kisah.

Cerita 1: Rakan Cop

Kenapa saya nak bercerita tentang Rakan Cop? Hehe, mesti ramai yang dah tahu Rakan Cop ada buat program rondaan sempena balik kampung untuk perayaan kan. Setiap tahun kami akan menghantar sms ke Rakan Cop untuk menyampaikan maklumat balik kampung tapi tahun ni Rakan Cop sangat efisyen. Kami pulang ke kampung dengan hati yang senang. Kat bawah ni saya letak gambar cerita tentang program balik kampung rakan cop.

Proses pemberitahuan balik kampung (^_^)

Apabila korang hantar sms maklumat balik kampung korang, rakan cop akan hantar maklumat ke balai polis yang berhampiran dengan rumah korang. Diaorang siap akan telefon korang kalau ada apa-apa maklumat yang kurang lengkap. Rondaan akan dilakukan secara berkala ke rumah korang dan kalau diaorang menemui apa-apa yang mencurigakan diaorang akan telefon korang untuk bagitau. Borang rondaan akan diletakkan dalam peti surat korang sebagai bukti. Memang banyak la borang rondaan tu kitaorang dapat. Terima kasih PDRM dan Rakan Cop!

........................................................................................................................................

Cerita 2: Syawal 1433H

Pada 1 Syawal tahun ni, kami sekeluarga tak duduk di rumah seperti tahun-tahun lepas, banyak keluar menziarahi sanak saudara. Biasanya hari raya pertama kami di rumah je lepas ke kubur di pagi raya tapi tahun ni Along nak beraya kat kampung Abah jadi sepanjang hari raya pertama tu berjalan je.

Aidilfitri 2012 (^_^)

Raya tahun ni juga banyak majlis di rumah, mak ayah saya dan makcik saya buat kenduri kesyukuran. Mak ayah saya buat majlis kesyukuran untuk Along dan Abe, Along dapat tawaran kursus ke Jepun selama setahun setengah dan Abe sebab pembedahan tangan dia ok. Adik saya tu tangan patah dan kena dimasukkan besi untuk sokong tangan dia. Makcik saya pulak sebab adik sepupu saya dapat tawaran ke universiti. Tahun ni kami agak sibuk dengan kenduri, ada lagi jemputan kenduri dari sanak saudara lain juga. Agak kepenatan saya sepanjang cuti ni tapi dalam penat-penat tu boleh lagi pegi jalan-jalan ke Wakaf Che Yeh sampai dua kali, hehe.

........................................................................................................................................

Cerita 3: Along akan ke Jepun

Seperti yang saya dah cakap dalam cerita 2, Along akan berkursus di Jepun selama setahun setengah. InsyaAllah hujung bulan depan Along akan ke sana. Dia dapat tawaran 'Teacher Training Program' tajaan kerajaan Jepun dengan kerjasama Kementerian Pelajaran. Walaupun namanya kursus tapi lama la jugak setahun setengah tu, cuak jugak dia nak ke negara yang tak bercakap bahasa Inggeris ni. Bagus jugak la kan, boleh la belajar bahasa baru.

Good Luck Along!

Along yang nak ke Jepun, kitaorang pulak yang excited terlebih, huhu. Siap dah boleh pelan nak jalan-jalan ke Jepun tahun depan, hehe InsyaAllah. Ma agak sedih sebab Along nak pegi lama, entah balik ke tak raya tahun depan pun tak tahu lagi. Biasa la, tak pernah ada lagi anak dia pergi jauh yang susah nak balik kan. Semoga semuanya dipermudahkan buat Along, nak duduk sorang-sorang negara orang yang Islam adalah minoriti ni agak susah juga tapi InsyaAllah Along akan ok. Along, ganbatte kudasai!

........................................................................................................................................

Cerita 4: Jodoh

Waa, tajuk cerita tak tahan kan. Macam biasa la kan, orang yang umur macam saya ni (muda lagi ek) bila balik kampung semua orang akan tanya soalan cepu emas 'bila Angah nak kawin'. Emm saya sebenarnya tak kesah pun kalau orang tanya, biasanya yang tanya ni mak saya dan makcik-makcik saya. Diaorang tanya tu sebab diaorang ambil berat jadi biasanya saya layankan je mak dan makcik-makcik saya ni. Walaupun ada soalan cepu emas tapi keluarga saya tak adalah membebankan saya sangat untuk cari jodoh ni, tak ada paksa-paksa suruh cari jodoh ni.


Ramai orang bising bila orang tua tanya soalan ni, kadang-kadang diaorang tanya sebab nak berbual dengan kita je, nak cari topik berbual. Jangan la marah atau kecil hati bila orang tua tanya soalan pasal jodoh, kadang-kadang kita pun tanya soalan yang sama kat orang lain jugak. Saya tak risau sangat pasal jodoh sebab semua ni kerja tuhan. Semua orang ada jodoh masing-masing, InsyaAllah kalau tak bertemu di dunia akan jumpa di akhirat nanti. Korang semua doakanlah semoga saya jumpa jodoh ek, boleh belanja korang makan nasi minyak nanti, (-_-) huhu malu pulak cerita pasal ni.

........................................................................................................................................

Haihh, panjang lebar saya bercerita pulak kan. Biasa la dah berapa lama tak menulis, bila dah mula macam tak nak berhenti je. Ada lagi nak cerita tapi saya dah malas nak menaip dan susun ayat. Tahun ni saya balik kampung terus dari Kuala Lumpur ke Kelantan tapi tak bising pasal jalan yang jauh dan jammed kan. Saya rasa mungkin sebab dua tiga tahun ni dah selalu sangat memandu ke Kelantan jadi dah terbiasa, perjalanan tahun ni tak memenatkan seperti sebelum-sebelum ni. Inilah semua cerita raya saya tahun ni, harapnya raya korang pun seronok juga la ek.

p/s: Kena kerja hari ni, macam biasa la mood kerja tu slow sikit datang. Selamat mengharungi Monday Blues (@_@) untuk semua yang mula kerja hari ni.