Monday, August 24, 2009

Updates

Assalamualaikum..


Hari ni dah masuk hari ke tiga berpuasa, disebabkan kerja belum sempat lagi pergi ke bazar ramadhan. Salah satu perkara yang ditunggu-tunggu bulan puasa adalah bazar Ramadhan, azam tahun ni nak kurangkan beli makanan kat bazar sebab memang tak boleh la kalau pergi bazar ramadhan, semua benda rasa nak beli. Tapi tahun ni tak berapa berselera sangat, mungkin sebab perut asyik sakit jek, apekah petandanya itu ekk??

Hari ni jugak last day shift, jadi esok sampai jumaat ni off. Esok akan ke PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya), kakak sepupu akan menjalani pembedahan menukar injap jantung. Semoga pembedahan berjalan dengan lancar, tolong doakan sekali ek. Dalam 2 minggu ni semua orang (family la) berulang-alik ke PPUM, ni yang dulu tak tahu camna nak pegi area sana pun dah hafal jalan dah.

Hari sabtu ni kena pergi exam MCDST lak, emm tak ada la susah sangat rasanya tapi dah lama training habis, tak study lagi ni. Bila fikir nak study ni sakit jek kepala, huhu penyakit lama kat UTM dulu muncul kembali. Dah puas dah pujuk cik Rohaida study, tapi bila bukak buku je mesti banyak benda lain nak buat. Setakat ni, tak sampai 1/5 pun habis study lagi ni, kena tingkatkan lagi usaha nih (@_@).

Ada benda menarik kat office, bulan ni masuk dua orang korean speaker. Dua-dua adalah orang korean, waa excitednya saya. Rasa nak sangat tegur diaorang tapi rasa segan lak, huhu tak sangka tetiba rasa tak tahu nak tegur macam mana. Padahal diaorang duk kat team sebelah je, depan meja jek. Dua orang yang masuk ni perempuan (ahh keciwa..hehe), nampak macam baik dan diaorang ni fluent english so communication issue bukan masalah la. Ni first time gak ada korean speaker kat office nih, hehe excited terlebih la pulak (^_^)

p/s: Rasa nak je cakap kat cik-cik korean tu an nyong ha sye yo? huhu maksudnya Hello, How are you?..hish banyak sangat tengok cerita korea nih

2 comments:

- j o h a r i - said...

lawa x awek korean itu?

Oda-オダ said...

huhu lawa la jugak tp xde la selawa artis diaorang tu ^^