Thursday, August 13, 2009

Pergi Tak Kembali

Assalamualaikum..



Menaip dalam kedaan badan yang kepenatan dan kelesuan kerana sangat la sibuk dengan aktiviti keluarga selama 3 hari off days. Hari ni datang office pun dalam nak ngan tak nak je. Sebenarnya tak larat nak menulis entry tapi hari ini dan semalam terima berita yang mengejutkan.


12 August 2009
Bazil Anwar Bidin
Sahabat saya semasa zaman sekolah telah pulang ke rahmatullah. Dia meninggal kerana penyakit barah mata. Ini adalah sahabat saya yang keempat telah meninggal kerana barah, tak berpeluang nak ziarah sebab tak tahu yang dia sakit. Terkilan sangat sebenarnya, semoga rohnya bersama orang-orang beriman.


13 August 2009
Ustaz Mohd Asri Ibrahim
Dengar dalam radio memberitahu tentang kematian Ustaz Asri Rabbani. Ustaz meninggal kerana serangan jantung, dia pengsan di Angkasapuri dan disahkan meninggal dalam perjalanan ke hospital. Terkejut sangat, baru je tengok persembahan dia masa Konsert Antara Dunia dua minggu lepas, nampak sihat je. Rabbani adalah antara kumpulan nasyid kegemaran, suka Rabbani lepas Besah suruh dengar album Aman. Semoga ustaz dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.
Al -Fatihah buat Arwah

Terkejutnya masa terima berita kematian, tiada orang yang dapat meramal hari kembali kepadaNya. Datangnya ia tanpa sebarang tanda, jadi marilah kita sama-sama mengingatkan diri yang hidup ini sementara, kita akan kembali jua kepadaNya. Barah dan penyakit jantung adalah antara penyebab utama kematian, mereka ni adalah pembunuh senyap (silent killer) sebab susah nak kesan dari awal. Jadi marilah kita sama-sama menjaga kesihatan dan permakanan kita.

Berkerjalah ibarat hidup 1000 tahun lagi
dan beribadatlah ibarat akan mati esok hari


Updates:
Sekarang ni sepupu saya berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), semalam dia menjalani pembedahan menbaiki injap jantung tapi pembedahan tak berjaya. Keadaan dia tak kritikal cuma dia perlu menjalani satu lagi pembedahan samaada nak teruskan baiki injap jantung atau tukar yang baru.

p/s: Tolong doakan semoga pembedahan yang seterusnya berjalan dengan lancar, insyaAllah.

1 comment: