Monday, August 31, 2009

Salam Merdeka

Assalamualaikum...



Imej diambil dari encik Google

Hari ni 31 Ogos 2009, kita menyambut hari kemerdekaan yang ke 52 tahun ini. Tahun ni saya kibarkan jalur gemilang kat kereta, emm patut ambil gambar tapi tau lah Oda ni kalau ambil gambar pun malas nak upload jugak. Setiap kali tengok jalur gemilang tu berkibar-kibar dek angin, rasa excited semacam, huhu.


Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke 52


Kalau nak cakap pasal erti kemerdekaan, emm saya tak tahu nak ulas macam mana. Rasanya anak-anak pasca merdeka macam saya ni agak sukar nak faham istilah merdeka itu sendiri. Tapi walau apa pun saya bangga jadi anak malaysia dan amat berterima kasih dengan pejuang-pejuang kemerdekaan kita. Sebenarnya nak letak sajak yang dengar dari IKIM tapi tak jumpa cari di google, tajuk dia lak dah lupa dah, dengar sekali je tapi memang memberi kesan la. Sajak tu nukilan penulis Palestin, masa dengar tu tengah drive kalau tak dah salin dah nama penulis tu dengan sajak-sajak dia sekali.

Bila tengok tv pasal negara orang, walau best camna pun negara orang saya tetap rasa Malaysia yang paling best (hehe poyo), ala macam pepatah hujan emas tu. Negara tempat kita dilahirkan dan dibesarkan sememangnya memberi kesan kepada kita, sebab tu ramai orang sanggup berkorban demi mempertahankan negara tercinta. Bersyukurlah kita hidup di negara yang aman dan bebas dari bencana alam yang menakutkan (bencana alam macam gempa bumi, puting beliung, gunung berapi etc..). Lagipun mesti susah nak hidup kat negara orang yang budayanya berbeza dengan kita kan, tak dapat dah nak makan makanan best yang ada kat Malaysia je ni (owhh lagi-lagi bulan puasa ni banyak makanan best, huhu).

p/s: Rasa bagus jugak hari merdeka ni jatuh masa bulan puasa, kurang la sikit kot sambutan kemerdekaan yang ntah apa-apa.

p/s 2: Oda sambut merdeka kat office je tahun ni sama macam tahun-tahun lepas, waaaaa

Monday, August 24, 2009

Updates

Assalamualaikum..


Hari ni dah masuk hari ke tiga berpuasa, disebabkan kerja belum sempat lagi pergi ke bazar ramadhan. Salah satu perkara yang ditunggu-tunggu bulan puasa adalah bazar Ramadhan, azam tahun ni nak kurangkan beli makanan kat bazar sebab memang tak boleh la kalau pergi bazar ramadhan, semua benda rasa nak beli. Tapi tahun ni tak berapa berselera sangat, mungkin sebab perut asyik sakit jek, apekah petandanya itu ekk??

Hari ni jugak last day shift, jadi esok sampai jumaat ni off. Esok akan ke PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya), kakak sepupu akan menjalani pembedahan menukar injap jantung. Semoga pembedahan berjalan dengan lancar, tolong doakan sekali ek. Dalam 2 minggu ni semua orang (family la) berulang-alik ke PPUM, ni yang dulu tak tahu camna nak pegi area sana pun dah hafal jalan dah.

Hari sabtu ni kena pergi exam MCDST lak, emm tak ada la susah sangat rasanya tapi dah lama training habis, tak study lagi ni. Bila fikir nak study ni sakit jek kepala, huhu penyakit lama kat UTM dulu muncul kembali. Dah puas dah pujuk cik Rohaida study, tapi bila bukak buku je mesti banyak benda lain nak buat. Setakat ni, tak sampai 1/5 pun habis study lagi ni, kena tingkatkan lagi usaha nih (@_@).

Ada benda menarik kat office, bulan ni masuk dua orang korean speaker. Dua-dua adalah orang korean, waa excitednya saya. Rasa nak sangat tegur diaorang tapi rasa segan lak, huhu tak sangka tetiba rasa tak tahu nak tegur macam mana. Padahal diaorang duk kat team sebelah je, depan meja jek. Dua orang yang masuk ni perempuan (ahh keciwa..hehe), nampak macam baik dan diaorang ni fluent english so communication issue bukan masalah la. Ni first time gak ada korean speaker kat office nih, hehe excited terlebih la pulak (^_^)

p/s: Rasa nak je cakap kat cik-cik korean tu an nyong ha sye yo? huhu maksudnya Hello, How are you?..hish banyak sangat tengok cerita korea nih

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Hari ni masuk kerja dengan hati senang dan tenang je, mungkin aura Ramadhan yang mempengaruhi mood agaknya. Alhamdulillah dipertemukan juga kita dengan Ramadhan kali ini, jadi jangan sia-siakan pertemuan ini. Perbanyakkan la beribadah umpama ini adalah Ramadhan yang terakhir kita, bulan yang lebih mulia dari seribu bulan ni marilah la kita kejar pahala Ramadhan ek.

Puasa ertinya menahan diri
dari lapar dan dahaga
Juga perkara yang membatalkan
dari terbit fajar sehingga maghrib

puasa melatih kita sabar
puasa menjadikan kita sihat
puasa perlukan keikhlasan
di dalam Bulan Ramadhan

Hendaklah kita banyak sedekah
jangan lupa pula baca Al Quran
juga berzikir dan berdoa
dan berselawat ke atas nabi

Kata Abang-abang Raihan
(Ambil dari lirik lagu Puasa dulu sebelum Raya)


Emm nak ambil kesempatan ni nak minta maaf kalau ada salah dan silap atau terkasar bahasa. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak, semoga bulan ini membawa seribu keberkatan ok. Jangan lupa semayang terawih, sayang kalau tinggal (^_^) kena tunggu bulan ramadhan je ada terawih ni.

Thursday, August 13, 2009

Pergi Tak Kembali

Assalamualaikum..



Menaip dalam kedaan badan yang kepenatan dan kelesuan kerana sangat la sibuk dengan aktiviti keluarga selama 3 hari off days. Hari ni datang office pun dalam nak ngan tak nak je. Sebenarnya tak larat nak menulis entry tapi hari ini dan semalam terima berita yang mengejutkan.


12 August 2009
Bazil Anwar Bidin
Sahabat saya semasa zaman sekolah telah pulang ke rahmatullah. Dia meninggal kerana penyakit barah mata. Ini adalah sahabat saya yang keempat telah meninggal kerana barah, tak berpeluang nak ziarah sebab tak tahu yang dia sakit. Terkilan sangat sebenarnya, semoga rohnya bersama orang-orang beriman.


13 August 2009
Ustaz Mohd Asri Ibrahim
Dengar dalam radio memberitahu tentang kematian Ustaz Asri Rabbani. Ustaz meninggal kerana serangan jantung, dia pengsan di Angkasapuri dan disahkan meninggal dalam perjalanan ke hospital. Terkejut sangat, baru je tengok persembahan dia masa Konsert Antara Dunia dua minggu lepas, nampak sihat je. Rabbani adalah antara kumpulan nasyid kegemaran, suka Rabbani lepas Besah suruh dengar album Aman. Semoga ustaz dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.
Al -Fatihah buat Arwah

Terkejutnya masa terima berita kematian, tiada orang yang dapat meramal hari kembali kepadaNya. Datangnya ia tanpa sebarang tanda, jadi marilah kita sama-sama mengingatkan diri yang hidup ini sementara, kita akan kembali jua kepadaNya. Barah dan penyakit jantung adalah antara penyebab utama kematian, mereka ni adalah pembunuh senyap (silent killer) sebab susah nak kesan dari awal. Jadi marilah kita sama-sama menjaga kesihatan dan permakanan kita.

Berkerjalah ibarat hidup 1000 tahun lagi
dan beribadatlah ibarat akan mati esok hari


Updates:
Sekarang ni sepupu saya berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), semalam dia menjalani pembedahan menbaiki injap jantung tapi pembedahan tak berjaya. Keadaan dia tak kritikal cuma dia perlu menjalani satu lagi pembedahan samaada nak teruskan baiki injap jantung atau tukar yang baru.

p/s: Tolong doakan semoga pembedahan yang seterusnya berjalan dengan lancar, insyaAllah.

Friday, August 7, 2009

Hiatus

Assalamualaikum...


Gambar ambil dari encik Google

Blog ini tak akan ada updates sehinggalah minggu depan sebab Oda sedang menjalani latihan (MCDST Training) untuk meningkatkan pengetahuan selama 5 hari. Kembali semula bekerja pada 13 August, Selasa ni. Banyak sangat nak updates sebenarnya tapi sebab tak berkesempatan.

p/s: Lama tak pergi technical training, kepala dah pening dengan ilmu baru ditambah dengan nak mengingat balik ilmu lama (@_@), lepas ni ada test pulak. Yoshhhh ganbate Oda!!