Saturday, April 18, 2009

3D2N di Perlis Indera Kayangan

Assalamualaikum.

Perlis Indera Kayangan adalah negeri yang paling kecil di Malaysia, terletak hujung utara Malaysia dan bersempadan dengan Thailand. Keciknya Perlis ni kalau tengok dalam peta macam lagi kecik daripada Kemaman, huhu orang perlis jangan marah ekk. Sebenarnya awal bulan depan iaitu cuti Hari Buruh (1st May) kitaorang (oda, zila, along dan Na) akan pergi Perlis untuk menghadiri Majlis Kawin housemate kitaorang cik Ayu Baizura kat Perlis. So alang-alang pergi jauh ni ambil kesempatan untuk bercuti sekali la.

Kitaorang akan stay kat Perlis selama 3 hari 2 malam daripada 1st May sampai 3rd May. So ingat nak melawat tempat-tempat menarik kat Perlis. Sekarang tengah survey apa yang menarik di Perlis, walaupun Perlis kecik tapi banyak jugak la tempat-tempat menarik. Perlis terkenal dengan ladang tebu sebab Perlis adalah antara pengeluar gula utama Malaysia. Satu lagi produk yang terkenal kat sini adalah Harumanis, ni adalah satu jenis mempelam dan Perlis adalah pengeluar utama Harumanis. Buah ni adalah trademark bagi negeri Perlis dan bulan Mei adalah musim buah ni.

Mempelam Harumanis, gambar ambil dari Google images

Kalau tanya orang apa yang menarik di Perlis mesti cakap Gua Kelam dan Padang Besar. Gua Kelam adalah satu-satunya gua tempat melombong bijih timah di Malaysia bermula sebelum perang dunia pertama oleh para pelombong cina. Nama Gua Kelam adalah gelaran yang telah diberikan oleh pelombong-pelombong bijih kerana kegelapan yang wujud di dalam gua itu sendiri. Info ni diambil daripada laman web Jabatan Perhutanan Perlis >> http://perlisforestry.gov.my/. Padang Bersar pula adalah bandar yang bersempadan dengan Thailand di Perlis, kat sini popular dengan duty-free shopping kompleks diantara checkpoint Malaysia-Thailand. Info Padang Besar ambil dari wikipedia >> http://en.wikipedia.org/wiki/Padang_Besar.

Tempat-Tempat Menarik di Perlis. Credit gambar to Tourism Malaysia, ni gambar ambil daripada brochure Negeri Perlis.

Pusat pelancongan Perlis menamakan 7 Pesona Perlis iaitu:

1. Panorama
2. Taman Ular
3. Harumanis
4. Makanan dan Makanan Laut
5. Tarikan Sempadan
6. Mengintip Burung
7. Pengembaraan Hutan

Nak tahu lebih lanjut, klik je ek. Tak sabar rasanya nak pergi Perlis, harap-harap sempat la berjalan-jalan. Kalau korang tau tempat yang menarik kat Perlis cakap la ek (^_^).

2 comments:

- j o h a r i - said...

wah
cuti2 malaysia ke ni..
seronotnya dpt berjalan2

Oda-オダ said...

hahahaha...yup memang best (^_^)