Wednesday, April 8, 2009

Air Crash Investigation - Iran Air Flight 655

Assalamualaikum...

Bulan lepas kitaorang tukar pakej astro buang cartoon tukar dengan learning pakej. Sekarang ni tengah excited tengok learning channel la (Discovery 551, National Geographic 553, History 555 dan Animal Planet 556). Rancangan favourite buat masa sekarang adalah Air Crash Investigation kat channel 553 - National Geographic. Rozila yang start tengok lepas baca artikel kat Saiful Islam pasal salah satu episod Air Crash Investigation, nak baca artikel tu klik la kat sini. Ada banyak episod dalam series ni, yang Saiful Islam tulis dalam artikel tu antara episod yang menarik. Semalam tengok episod untuk Iran Air Flight 655 (IR655).



image of A300 EP-IBU

Yang menarik pasal air crash ni adalah dia bukan terhempas kerana kesilapan dalam kapal terbang atau kesalahan krew-krew penerbangan tapi dia telah ditembak jatuh oleh US Navy (USS Vincennes) yang salah sangka kapal terbang ni nak serang diaorang. Dalam kemalangan ni tak ada sorang pun yang terselamat, kesemua 290 penumpang dan krew mati.

Peristiwa malang ni berlaku pada 3 Julai 1988, semasa perang Iran-Iraq. Kapal terbang Iran ni ditembak di kawasan perairan Iran. US Navy mistakenly identified Iranian Airbus A300 as F-14 Tomcat Fighter, sistem diaorang tak dapat kesan kapal terbang ni sebagai commercial flight. US Navy cuba contact unknown aircraft tu 4 kali guna the military emergency frekuensi dan 3 kali melalui civilian emergency frequency, tap tak pernah melalui air traffic control frequencies. Pada 10:24 am, Vincennes tembak 2 SM-2MR surface-to-air missiles dan menjatuhkan IR655. Lepas itu barulah Vincennes's crew sedar yang diaorang dah tembak civilian airliner. Crew Vincennes juga mengalami simultaneous psychological condition called 'scenario fulfillment', sebab semasa kejadian sistem menunjukkan IR655 is ascending tetapi crew notice it as descending.

US goverment tidak pernah mengaku salah atau meminta maaf di atas kejadian ini tapi issued notes of regret for the loss of human life. February 1996 US bayar pampasan kepada Iran US$131.8 millian untuk settlement case oleh Iran kepada U.S. dalam International Court of Justice. US menbayar atas dasar ex gratia, dan menafikan sebarang tanggungjawab atau liability untuk apa yang berlaku. US juga telah menganugerahkan beberapa pigat kepada crew Vincennes disebabkan kejadian ni.

Emm panjang lebar cerita pasal air crash ni, sebenarnya sakit hati dengan US yang selalu perasan bagus ni. Mentang-mentang la dalam flight tu tak ada rakyat dia, kalau tak dah kecoh satu dunia. Dah memang awak salah tembak flight awam tu mengaku je la, dalam ruang udara Iran lak tu. Dah la masuk campur dalam perang Iran-Iraq, apa kena mengena ngan diaorang ntah. Kata negara yang hebat sangat, benda bodoh camni pun boleh berlaku. Pulak tu leh kasi pingat kat crew Vincennes tu. Huhhh...emooooo

Nak tengok air crash investigation ni, sila klik kat sini, ada full episod, episod IR655 pun ada. Tak pun tengok la channel National Geographic, kat youtube pun ada. Nak tahu lagi pasal kisah ni sila la baca kat wikipedia --> Iran Air Flight 655.