Thursday, August 21, 2008

Congratulation

wawawa....bukak blog dari pagi lagi nak updates tp tak terupdate pun...ni dah petang baru stat menaip...huhu.. emm dah takde idea nak citer apa dah...

esok off...huhu tak sabarnya..keje pagi minggu ni penat sangat rasa...maybe sekarang ni beban kerja dah bertambah so terasa sangat beza dulu n sekarang...semalam besah sms informed dia dah selamat menjadi tunangan orang...waaa terkejut giler... cam tak percaya je che besah dah bertunang.... emm oda bila la ekk...huhu

pastu 19/8 hari selasa..hari yang sama dengan besah bertunang...cekgu kawen hari tu...alamak lupa lak nak call dia...emm kena call ckp tahniah...memang tak dapat nak pergi la sebab cuti dah xde dah...nak cuti raya lagi..ingatnya raya ni nak jumpa cekgu la...sori cekgu..lupa nak wish hari tu... ehh korang semua saper yang pergi wedding cekgu email la gambar dia kawen ekk... lupa lak...besah cakap dia nak update gambar bertunang dia kat blog dia nanti...

TAHNIAH HABSAH and CEKGU

Saturday, August 16, 2008

15 Syaaban 1429H

Hari ni sudah 15 syaaban... sebenarnya cuti hari ni tapi kena datang untuk OT..emm agak terkilan la jugak sebab malam ni malam nifsu syaaban..emm tapi kerja pun salah satu ibadah jugak kan (^_^)


Notes:

Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb Sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

hari ni hari ke 15 syaaban bermakna ada separuh bulan lagi sebelum sampai ramadhan...huhu tak sabar la pulak... bulan ramadhan selalu beri satu perasaan yang special maybe sebab bulan ni agak terpelihara...yela puasa kan tak larat sangat nak bercakap...bila tak bercakap kurang jugak mengumpat n bercakap benda2 yang tak berfaedah...emm masa ni baru nak insaf....wawawaawa

Sunday, August 3, 2008

Kita ingin segala indah

SECERAH PAWANA - THE ZIKR

Seindah sedamai pandai melambai gemalai
Begitulah hati merindu kasih yang padu
Bagaikan pepasir basah disimbah lautan
Begitulah perjuangan ini
Biar basah dengan iman dan ukhuwah

Kita ingin segala indah
Sebersih pasir pantai memutih
Seindah dan secerah pawana
Bersemi ukhuwah dipupuk kasih


Kita ingin segala terlerai Dengki dan dendam
Kesumat musnah
Biar keikhlasan berbicara
Di dada hati luas saujana

Ukhuwah yang bersemi
Tulus dari hati, kasih yang abadi
PadaMu Ilahi
Perjuangan ini moga diberkati


huhu... tetiba je teringat kat lagu ni... walaupun tajuk dia secerah pawana tapi kenapa tajuk post ni lain....emm sebenarnya tertarik dengan lirik lagu ni part kita ingin segalanya indah...emm memang kita selalu nak yang baik je..kadang-kadang kita lupa yang hidup ni tak selamanya senang....sebab tu masa senang kena sentiasa beringat...tapi insyaAllah walau apa pun dugaan yang datang.... ketahuilah semuanya datang dari Allah....kita pasti mampu harungi ujianNya... Dia tidak akan datangkan ujian yang tak mampu kita hadapi...hehehe cakap macam tengah sedih je kan..sebenarnya xde apa2 pun cuma ingatan untuk diri sendiri... setakat ni ujianNya yang datang tidaklah tersangat berat... masih termampu diharungi..Alhamdulillah.

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286