Sunday, September 30, 2012

September

Assalamualaikum...

Salam lama tak bersua semua. Ehem ehem, tersekat-sekat nak menulis, maklum la dah sebulan lebih tak menulis. Saya bukan sangat sibuk atau tak ada masa tapi entahlah, kalau penulis boleh la cakap terkena 'writer's block' tapi saya bukan penulis kan jadi abaikan je la apa yang saya tulis ni (merapu la pulak). 

Rindu sama kamu semua (@_@)

Saya tak ada cerita menarik nak bercerita sebenarnya, saya lebih suka buat entri yang ada topik tapi tak ada idea la. Nak cerita pasal 'Belanjawan 2013' saya tak ada la teruja sangat sebab tak banyak pun kelebihan yang saya dapat dan saya tak nampak relevan dalam sesetengah peruntukan yang dibentangkan tu. Paling tak tahan tu yang bahagian 'Rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar bagi belia berpendapatan RM3,000 ke bawah'. Peruntukan ni diletakkan di bawah pembagunan komuniti, apa kena mengena belia kita memiliki telefon pintar dengan pembangunan komuniti pun saya tak tahu la, sampai RM300 juta tu yang tak tahan tu. Haihh, tulis pasal benda ni buat saya emosi je.

Bulan lepas saya bercuti ke Pulau Redang, percutian yang dah lama saya nak buat tapi tak berkesempatan. Alhamdulillah percutian ni berjalan lancar je, Redang adalah sangat cantik (Subahanallah). Pertama kali saya ber-snorkeling menikmati keindahan lautan, ikan dan batu karang, cantik sungguh ciptaan tuhan kan. Walaupun cuaca pulau yang panas dan kami kehitaman tapi semuanya berbaloi dengan keindahan sekeliling. Tapi dalam cantiknya Redang tu ada cacatnya jugak, kebanyakkan orang kat sana tak agak-agak, tak kira la yang islam atau yang bukan islam tu macam lebih kurang je. Jadi bila kita tengok dari segi ni Pulau Redang tu cacat dengan perkara yang tidak sepatutnya, sedih tengok orang kita berkelakuan seperti orang bukan islam ni.

Cuti-cuti di Redang dan jalan-jalan di KLIA, huhu.

Minggu lepas kami sekeluarga dan kawan-kawan menghantar Along ke KLIA, seperti yang saya cerita pada entri sebelum ni Along akan ke Jepun selama setahun setengah. Sayu tengok ibu saya menangis berpisah dengan Along, dia tak biasa anak-anak dia pergi jauh sangat ni. Alhamdulillah Along dah selamat sampai di Jepun dua tiga hari lepas. Nampak gayanya dah boleh sesuaikan diri dengan tempat orang, nasib baik kawan Along tinggal agak dekat dengan Along kat sana jadi boleh la tolong tengok-tengokan Along. Harapnya Along ok je la kat sana ek, doa kami sentiasa bersama Along (^_^) InsyaAllah.

Bulan depan pulak saya akhirnya sampai juga hari konvokesyen saya, Alhamdulillah. Masa dapat tahu tarikh konvo tu saya dah teruja tak ingat dunia dah, hehe. Sampai juga masa yang di nanti, InsyaAllah bulan depan saya akan ke UTM Skudai untuk upacara konvokesyen tu. Kalau korang ada di sana jom la kita jumpa, kalau nak kasi bunga tu sangat dialu-alukan. Saya konvo pada 13 oktober 2012, sesi pagi. Doakan semuanya akan berjalan lancar ok. 

 Kamera baru Oda *saya sangat teruja (>_<)

Disebabkan Along dah ke Jepun maka kami semua tak ada kamera la sebab selalunya guna kamera Along je. Kebetulan pulak konvo bulan depan jadi saya buat keputusan nak beli kamera baru. Separuh hari berjalan di Low Yat Plaza semalam cari kamera akhirnya saya beli jugak kamre Nikon 1 J1 warna merah yang comel itu (sila lihat gambar di atas), huhu. Tak sabar pulak nak ambil gambar ni, mula-mula tu saya ingat nak beli DSLR tapi bila fikir saya ni bukan suka sangat fotografi jadi beli yang biasa-biasa je la, janji gambar cantik. Emm panjang bejela dah entri saya ni, harus berhenti ni. Harap-harap saya rajin sedikit menulis entri baru selepas ni ek.

p/s: Lupa pulak, terima kasih kepada semua yang mengucapkan dan meraikan hari lahir saya dan Cik Rozila pada 11 haribulan yang lepas. Sayang korang semua (^_^).