Monday, August 31, 2009

Salam Merdeka

Assalamualaikum...



Imej diambil dari encik Google

Hari ni 31 Ogos 2009, kita menyambut hari kemerdekaan yang ke 52 tahun ini. Tahun ni saya kibarkan jalur gemilang kat kereta, emm patut ambil gambar tapi tau lah Oda ni kalau ambil gambar pun malas nak upload jugak. Setiap kali tengok jalur gemilang tu berkibar-kibar dek angin, rasa excited semacam, huhu.


Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke 52


Kalau nak cakap pasal erti kemerdekaan, emm saya tak tahu nak ulas macam mana. Rasanya anak-anak pasca merdeka macam saya ni agak sukar nak faham istilah merdeka itu sendiri. Tapi walau apa pun saya bangga jadi anak malaysia dan amat berterima kasih dengan pejuang-pejuang kemerdekaan kita. Sebenarnya nak letak sajak yang dengar dari IKIM tapi tak jumpa cari di google, tajuk dia lak dah lupa dah, dengar sekali je tapi memang memberi kesan la. Sajak tu nukilan penulis Palestin, masa dengar tu tengah drive kalau tak dah salin dah nama penulis tu dengan sajak-sajak dia sekali.

Bila tengok tv pasal negara orang, walau best camna pun negara orang saya tetap rasa Malaysia yang paling best (hehe poyo), ala macam pepatah hujan emas tu. Negara tempat kita dilahirkan dan dibesarkan sememangnya memberi kesan kepada kita, sebab tu ramai orang sanggup berkorban demi mempertahankan negara tercinta. Bersyukurlah kita hidup di negara yang aman dan bebas dari bencana alam yang menakutkan (bencana alam macam gempa bumi, puting beliung, gunung berapi etc..). Lagipun mesti susah nak hidup kat negara orang yang budayanya berbeza dengan kita kan, tak dapat dah nak makan makanan best yang ada kat Malaysia je ni (owhh lagi-lagi bulan puasa ni banyak makanan best, huhu).

p/s: Rasa bagus jugak hari merdeka ni jatuh masa bulan puasa, kurang la sikit kot sambutan kemerdekaan yang ntah apa-apa.

p/s 2: Oda sambut merdeka kat office je tahun ni sama macam tahun-tahun lepas, waaaaa

2 comments:

sang kegelapan said...

merdeka oda!

Oda-オダ said...

hehe..merdeka sang kegelapan ^^