Wednesday, April 15, 2009

Cukai Pendapatan

Apakah yang anda tahu tentang Cukai Pendapatan? Adakah anda tahu sekirannya anda tergolong dalam golongan yang perlu bayar cukai pendapatan? Adakah anda tahu cara untuk membayar cukai pendapatan?

Emm.. sebenarnya baru lepas buat E-Filing kat LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri). Saya adalah antara orang yang sangat buta cukai sebab tak tahu macam mana prosesnya dan tahun 2008 ni adalah tahun pertama bayar cukai so masa pergi LHDN sangat blur. LHDN patut buat satu artikel untuk pembayar cukai yang baru supaya tak ada yang tak tahu ataupun terlepas nak bayar cukai. Rasanya tak semua orang tahu yang diaorang kena bayar cukai.

Akhir bulan ni, 30 April adalah tarikh akhir untuk menghantar borang cukai pendapatan ke LHDN bagi tahun tafsiran 2008. Tahun 2008 adalah tahun pertama membayar cukai, tahun 2007 tak perlu membayar cukai sebab tahun itu belum lagi menjadi pekerja Atos Origin tetapi cuma menjalani latihan jadi hanya menerima elaun dan tidak dikira untuk menbayar cukai pendapatan. Tahun 2008 company buat potongan cukai berjadual (PCB) jadi tiap-tiap bulan gaji akan ditolak cukai. Setahu saya setiap warga negara yang berpendapatan lebih daripada RM 25 ribu setahun perlu membayar cukai pendapatan. Syarikat akan memngeluarkan EA form pada setiap akhir tahun dan kita perlu mengisi borang cukai pendapat sebelum 30 April tahun berikutnya.

Bagi pembayar cukai yang pertama kali mesti tak tahu apa yang perlu dibuat, oleh sebab dah tolak gaji tiap-tiap bulan so ingat dah tak payah buat apa-apa. Tapi semua orang mesti hantar borang cukai pendapatan, borang adalah berbeza untuk kategori masing-masing. Cara yang paling mudah adalah melalui e-filing. Untuk masuk system ni kita kenalah dapatkan pin number daripada LHDN, untuk pembayar cukai yang pertama kali kena pergi LHDN yang berdekatan untuk dapatkan pin number. Lepas dapat pin number boleh la masuk ke e-filing dan isi borang cukai pendapatan, kalau nak senang pergi je LHDN dan buat e-filing kat situ sebab nanti ada pegawai LHDN yang akan tolong kalau kita tak faham.

Setiap tahun ada beberapa perkara yang dapat pelepasan cukai. Kat bawah ni antara pelepasan cukai individu..

1. Beli Insurance/takaful pendidikanpengurangan cukai individu utk individu bagi yang mencarum atau membeli insurance/takaful pendidikan adalah RM3000.

2. Fail tax yang berasingan bagi yang dah berkahwin (tak apply untuk orang bujang setiap individu layak utk pelepasan cukai sebanyak RM8000 per file.

3. Minta majikan tinggikan caruman EPF pekerja.

4. Tukar status benefit dari majikan kepada cash reimbursement. Contohnya, allowance pengangkutan, allowance parking..ditukar kepada claim basis yg disertakan dengan resit. buatlah arrangement dgn majikan tentang perkara ini.

5. Derma kepada badan2 kebajikan spt MAKNA, wakaf dsb.

6. Lanjutkan pelajaran utk dewasa postgraduate.

7. Beli buku/majalah/journal. Pelepasan cukai utk item ini ialah RM1000 per individu. Bagus ni, kalau korang ada beli buku simpan la resit tu ek.

8. Beli barangan sukanPelepasan cukai utk ini ialah RM300

9. Beli insurance hayat/takaful keluarga. Pelepasan cukai utk ini ialah RM6000 (dikongsi dgn caruman EPF). ini tidak termasuk dgn takaful education. so, pisahkan antara takaful education dgn life insurance. Selalunya life insurance tidak menyumbang sangat sebab kita telah mempunyai caruman KWSP. bagus utk mereka yang kerja sendiri dan tidak mempunyai caruman KWSP.

10. Bayarlah bayaran perubatan utk ibu bapa. Sebarang bayaran perubatan utk ibubapa mendapat pelepasan cukai RM5000.

11. Buat medical check up (mendapat pelepasan cukai sebanyak Rm500 per individu)/sekiranya menghadapi penyakit yg kritikal memerlukan peralatan sokongan, mendapat pelepasan cukai sebanyak RM5000 (spt terpaksa memakai kerusi roda etc).

12. Bayar Zakat pendapatan/zakat fitrah. Bagi majikan yang tidak ada potongan zakat pendapatan tetapi membuat potongan cukai berjadual sahaja. Yang ni tak ada limit, zakat pendapatan pun memang kita kena bayar kan jadi tak ada la terbeban sangat.

13. Beli komputer setiap 3 tahun mendapat pelepasan cukai RM3000 (3 tahun sekali sahaja)

14. Beli hartanah yang bernilai 250k dan ke bawah, pelepasan cukai sebanyak RM2000 bagi property yang bernilai RM250k.

15. Melabur dlm REIT

Emm tu je la yang nak kongsi, jangan lupa hantar borang cukai pendapatan tu. Kalau ada pelepasan cukai tu bagus la sebab kalau kita declare semua dan terlebih bayar nanti LHDN akan bagi refund. Ada 16 hari lagi nak isi borang cukai tu, cepat-cepat la isi ok.

14 comments:

blokdrive said...

Very good info. Thanks

Oda-オダ said...

welcome, glad the info help..

cHuCkyMaRine said...
This comment has been removed by the author.
cHuCkyMaRine said...

cik oda,kalo kt byr zakat pendapatan n xbyr cukai pendapatan..tu kene isi gak ke..xreti gak benda2 ni

- j o h a r i - said...

alamek..
aku x prnh la plak membayar cukai
itu hari bos aku bg borang apetah psl cukai2 ni aku wat bodo je..


borang itu sudah hilang..

Oda-オダ said...

#Che mah: macam kita cakap hari tu rasanya kalo dah bayar zakat pun still kena isi borang cukai pendapatan. Kita pun bayar zakat gak tapi pergi bayar sendiri sebab ofis kita tak buat potongan zakat. Takpe kalo terlebih bayar LHDN akan bagi refund.

#Johari: Rasanya tu EA form kot, memang semua company akan kasi EA form every year. Ada jugak company yang akan tolong kita isi borang cukai tapi lebih baik tanya HR la.

Anonymous said...

Klu awak tau selok belok pelepasan cukai tu.. gaji awak lebih 60,000 pun tak perlu bayar cukai..

Anonymous said...

harini on the way keje sy dgr radio psl e-filing. maksudnya semua org dh bole sibuk2 isi e-filing ni.
tp betul la kata awak tkde info lengkap untuk org2 baru nk byr income tax ni.,sy masuk website lhdn pun agak blur. mana info nk cari pun tak tau.sbb sy pun kira 1st timer gak la ni.sebelum ni tak tau kena bayar ke tak, sapa yg layak kena bayar,mcm mana nk buat. mmg terkial2..patut diorg kena sediakan more info untuk 1st timer ni.baru la org ada kesedaran nk bayar.

Kak hana said...

Hi, terima kasih utk info, sangat membantu :)

Oda-オダ said...

Sama-sama (^_^)

Unknown said...

Very helpful..

www.77yum.com said...
This comment has been removed by a blog administrator.
成人聊天室 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
網路校園美女寫真 said...
This comment has been removed by a blog administrator.