Salam berhujung minggu kawan-kawan. Hujung minggu kali ini untuk saya adalah sangat menyeronokkan sebab saya tiada aktiviti sangat, cuma bersantai-santai dah menghabiskan masa bersama teman-teman baik saya.
Sekali sekala saya perlu rehat macam ni, tak buat apa-apa pun cuma manjakan diri je sepanjang hari.
Malam jumaat lepas keluar dengan sahabat kesayangan Cik Suhaina dan Cik Nuha. Kami dah agak lama tak keluar bersama, makan-makan sambil lepak di kedai mamak (owwhh..orang KL sungguh kami ni ek). Dapat kejutan cupcake yang sangat comel sempena hari lahir yang lepas, sweet je kan (^_^). Terima kasih untuk cupcakes yang sangat manis itu.
Kami dan cupcakes (^_^) |
Semalam pulak bersama Rozila dan Suhaina berkaraoke, hehe. Tak tahu nak buat apa semalam, tu yang ajak budak-budak ni karaoke tu. Nak tengok wayang tak ada cerita menarik sangat dan nak jalan-jalan kat KL ni sangat memenatkan. Tu yang pergi karaoke je tu, pusat karaoke tu baru je bukak dekat shopping mall dekat dengan rumah kitaorang, tak sampai 5 minit memandu dah sampai. Dah lama tak pergi melepaskan suara dan berangan ala-ala penyanyi.
Sampai tak ada suara la menyanyi dengan Rozila dan Suhaina semalam.
Hari ni teman Rozila pergi office dia sebab dia ada keje. Saya tak buat apa kecuali menonton drama aje hari ni, bahagia sungguh hidup, hehe. Kalau hari-hari macam ni kan seronok. Minggu seterusnya saya sibuk memanjang, ada je aktiviti nak dibuat. Minggu depan InsyaAllah akan ke Skudai untuk konvo, tak sabar pulak sebenarnya. Balik dari Johor kami singgah Melaka sebab mak saya nak sangat jalan-jalan kat Melaka. Minggu selepas tu pulak ada annual dinner office, ingatkan tak nak pergi tapi ramai ajak jadi pergi jugak la. Minggu yang kemudian raya haji pulak, kami akan balik ke Kelantan lagi (yeayyy).
Penuh aktiviti saya bulan ni, tu yang saya seronok sangat bersantai-santai minggu ni. Syukur Alhamdulillah dengan kelapangan ni. Saya harapkan hujung minggu korang semua pun seronok jugak ek.
p/s: Seronok duk kat office Rozila ni sebab internet dia laju giler, tengok drama online laju je, huhu.