Monday, June 20, 2011

Isu-isu global

Assalamualaikum…

Salam hari isnin, hari yang kalau boleh saya nak hapuskan dari kalendar sebab malas nak pergi kerja tapi kalo isnin tak ada selasa akan jadi hari pertama dalam minggu pulak kan lepas tu tak suka selasa pulak. Kalau macam tu baik buang semua hari kerja, tinggal hari minggu je kan. Nanti tak ada orang yang kerja pulak nak makan macam mana ek, hehe maaf saya melalut tak tentu.


Kalau siapa yang mengikuti jadual universiti sekarang ni adalah cuti semester panjang yang tiga bulan tu tapi tahun ni panjang sikit sebab kementerian nak selaraskan semua universiti mula sesi bulan September. Saya agak seronok untuk bercuti tapi terpaksa ambil kelas jugak dalan semester pendek ni, nasib baik satu subjek je jadi kelas takde la banyak sangat. Kelas yang diambil adalah ‘Global Issues’, subjek umum dan subjek wajib ambil. Emm saya jangkakan saya akan seronok dalam kelas ni sebab saya agak berminat dengan isu global. Tapi isu-isu global agak membuatkan saya sedikit kemurungan (depress bak kata omputih), isu-isu dunia macam global warming, population, poverty, food shortage dan bermacam lagi buat saya rasa down.

Bumi sedang mencair. Imej ambil dari encik Google

Betul tak tipu, kalau tengok statistik yang pensyarah saya kongsi dalam kelas akan membuakan kita terasa hati sedikit. Ada lagi orang macam ni dalam dunia ni kan, emm kalau korang rasa nak membaca tentang isu-isu global sila la klik kat sini. Sangat menarik informasi dalam laman ni. Tajuk yang kumpulan saya buat untuk tugasan pertama adalam ‘pemanasan global’ atau dalam bahasa inggerisnya ‘global warming’. Membaca artikel tentang isu ni buat saya makin sedar tentang perkara ni, tak salah kalau kita cuba untuk kurangkan kesan rumah hijau kan. Jadi saya sarankan kepada semua cubalah seberapa boleh untuk mengurangkan kesan rumah hijau. Kalau siapa cakap tak tahu tipulah ek sebab rasanya paling tidak kita akan tahu satu dua perkara yang boleh kita lakukan. Apa pun, sayangilah bumi kita (^_^)

p/s: Hehehe rasa macam buat kempen kerajaan lak.

Tuesday, June 14, 2011

Updates

Assalamualaikum...

Kenapa saya malas menulis blog sekarang, haihh entah la. Ada satu dua draf saya tulis masa senggang kat ofis untuk publish tapi bila balik rumah rasa malas pulak. Saya tak ada idea nak tulis apa ni tapi tangan gatal nak menaip. Tengah tengok filem 'Ketika Cinta Bertasbih' di TV Alhijrah, emm menarik sangat.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Ucapan ni saya tujukan khas buat Skuad Kelantan dan para penyokongnya (^_^)

Sabtu lepas Kelantan lawan Terengganu akhir Piala FA, Kelantan kecundang. Disebabkan saya ni orang Kelantan, maka ramailah penyokong Kelantan disekeling saya sedikit sebanyak saya pun terkena kesannya. Saya sebenarnya tak kesah Kelantan atau Terengganu menang, sebagai anak Kelantan yang dibesarkan di Terengganu kedua negeri ni memang dekat dihati saya. Tapi hati sedikit sedih bila tengok Kelantan masuk gol sendiri dan penyokong Kelantan yang sangat ramai dan bersemangat tu kecewa. Kagum juga dengan semangat pasukan Terengganu yang sampai ke minit terakhir pun tak berputus asa, Alhamdulillah rezeki milik Terengganu.

Argghh saya dah kurang idea ni, hehe sebenarnya terasyik dengan cerita Ketika Cinta Bertasbih ni. Tak boleh nak fokus menaip ni tengok cerita ni, dah lama nak tengok cerita ni tapi tak berkesempatan. Emm ok la nanti saya melalut lebih-lebih lak.

p/s: Tengok cerita ni buat saya nak dengar lagu Ketika Cinta Bertasbih lak...