Wednesday, April 13, 2011

STRESS

Assalamualaikum…

Saya STRESS, uits lama tak updates blog tiba-tiba je tulis benda-benda negatif ek. Saya sangat tertekan sekarang, lagi dua minggu je lagi saya akan mengahadapi peperiksaan akhir (‘final exam’) semester ni jadi dalam minggu-minggu terakhir ni ada 2, 3 assignment dan projek mesti disiapkan. Perasaan saya tak tenteram dua tiga hari ni sebab pening dengan assignment MATLAB untuk subjek Multimedia Security, alahai dah lama tak buat programming otak saya jadi beku bila tengok source code. Pulak tu saya sangat sibuk di pejabat dua tiga minggu ni sebab ada budak baru masuk, kena mengajar budak-budak baru ni sambil tu kena buat kerja macam biasa jadi saya hampir tak ada masa senggang di pejabat. Hari-hari saya memang sentiasa terisi, ada je benda kena buat. Saya rasa saya perlukan cuti, saat-saat macam ni saya rindukan kerja shift saya (rasa macam nak masuk shift balik).

Dapatkan Mesej Bergambar di SiniKuat mana pun ujian kita, Allah sentiasa ada bersama kita.

Saya dah berjanji dengan diri sendiri, susah atau penat macam mana pun kena teruskan jugak sebab ini jalan yang saya pilih, tak ada orang paksa saya sambung belajar kan. Kalau kawan-kawan sekelas saya boleh buat, saya pun boleh InsyaAllah. Bak kata abang Maher Zain, InsyaAllah ada jalannya, huhu. Tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan, nak dapat apa yang kita nak kenalah berusaha kan. Umur dah nak masuk 27 tahun patutnya dah tahu tak ada benda didunia ni kita boleh dapat tanpa usaha.

Dalam keserabutan saya dua minggu ni telah menyebabkan saya perasan sesuatu tentang diri saya. Sebelum ni saya rasa saya adalah orang yang boleh buat dua tiga perkara dalam satu masa, multi-tasking la bak kata orang putih. Tapi sebenarnya saya tak boleh, selagi tak habis satu kerja saya tak boleh mula kerja lain. Kenalah berusaha gigih sikit supaya kerja lain tak tertangguh lama kan. Jadi saya akan lebih berusaha lagi, kalau orang lain boleh saya pun boleh kan. Emm ok lah sesi meluah perasaan dah habis, nak kena sambung buat kerja lak.

p/s: Huhu bosan ek baca entri ni, saya tak ada idea nak menulis dan sangat sibuk dengan banyak perkara, nanti lepas musim sibuk saya akan mulakan musim rajin menulis blog pulak, kekeke.

Wednesday, April 6, 2011

Rindu sama kamu

Assalamualaikum...

Lama Oda menyepi kan, susah jugak hidup saya tanpa streamyx ni. Bila dah boleh online ni macam-macam benda saya nak buat, semua benda bukak baca. Huhu ni entri pertama di rumah baru, walaupun sangat penat dengan semua aktiviti pindah rumah tapi sangat berbaloi. Rumah baru ni best, rumah sendiri kan (Along punya ek) jadi sangat la selesa.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Selingan..Khas buat semua sahabat saya walau dimana pun korang berada.
Kamu sentiasa dihati (^_^)

Saya rindu sangat sama blog ni, kat office tak boleh bukak blog masa surf kat UTM saya tak nak bukak sebab tak nak orang tahu pasal blog ni (segan seh nak cakap saya ada blog). Kali ni saya cuma nak menulis sedikit je sebab dah lewat malam ni kalau tidur lambat sangat nanti esok kerja tak bermaya pulak. Rindu nak menulis kat sini, terseksa jugak la tak boleh bercerita ni (almaklumlah saya ni orang yang bila bercakap tak boleh nak berhenti, menulis pun macam tu jugak). Ok la kena masuk tidur, saya kan cinderella kena balik sebelum pukul 12, ni pun dah lewat 15 minit. Kereta labu saya dah jadi viva dah, baju yang cantik dah jadi baju tidur jek, huhu permisi ya. Goodnight (+_+) ZZzzZzzzz....