Sunday, February 23, 2014

Semoga esok lebih baik


Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Semoga yang baik-baik sahaja untuk kamu semua. Saya sudah berjaya mengabaikan blog yang saya sangat sayang ini selama setahun, biasanya ada juga entri satu dua sebulan tapi sekarang sebulan sekali pun macam susah. Sejak menggunakan smartphone ni, saya amat jarang nak bukak laptop sebab semua pun boleh buat dari phone je. Dulu nak bukak email kena bukak laptop, sekarang tak payah dah. Haha, saya letakkan kesalahan semuanya atas phone saya boleh.

Semiga semua lebih baik
Semoga yang baik-baik sahaja
Tahun baru ni alhamdulillah saya mendapat pengkhabaran gembira. Akhirnya ada sedikit perubahan dalam kerja saya, semakin bertambah tanggungjawab saya nampaknya. Walaupun masih belum official, saya sudah terasa kepenatannya. Betul kata pakcik spiderman, 'with great power comes great responsibility'. Dua minggu ini saya sangat stress. Tak tahu dimana silapnya mungkin kerana cuaca yang agak ekstrem sekarang ni atau kerana perubahan beberapa perkara di office, hampir setiap hari saya melalui masalah yang sama.

Awal tahun ini saya sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti sampai saya rasa tiada masa rehat.Setelah berminggu-minggu sentiasa keluar akhirnya minggu ini saya berehat-rehat sahaja di rumah tapi tiba-tiba terpaksa ke office jugak malam ni, haihhh rasa macam nak menangis je. Semoga hari-hari gelap seperti ini cepat berlalu.


Ok la, sudah-sudah la cerita pasal office kan. Saya stress tapi insyaAllah saya masih boleh tahan lagi. Nanti bila semua dah stabil, hidup saya kan kembali tenang. Doakan saya kuat melalui fasa ni dan kekal positif sentiasa. Saya pun dah tak tahu nak tulis apa lagi, harapnya saya akan rajin menulis entri seperti dulu. Lama tak menulis rasa rindu tapi malas nak bukak laptop dan menulis dan makin lama makin kurang idea nak menulis.

p/s: Semoga hari-hari yang mendatang untuk kamu juga lebih baik dari semalam.

Wednesday, January 8, 2014

Salam 2014

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sampai juga kita ke tahun 2014, macam tak percaya je kan dah masuk tahun baru (cehh ayat sama je tiap-tiap tahun). Tahun ni saya memasuki alam baru atau zaman baru, zaman 30-an, waa secara rasminya tahun ini saya berumur 30 tahun. Tak sangka dah selama itu hidup di muka bumi ni kan, tak rasa macam orang berumur 30 tahun pun.

Hari pertama tahun 2014 saya disambut di ofis kerana terpaksa bekerja (^_^)

Sebenarnya saya rasa macam nak buat review tahun 2013 tapi malas yang amat ni, nak menulis entri ni pun terpaksa memaksa diri. Tapi rasanya bukan malam ni la kot nak menulis review tu sebab mata dah kemengantukan yang amat ni. Masuk tahun baru ni saya menjadi semakin pelupa, adik ofis saya cakap sebab faktor usia, hampeh je kan. Macam biasa, setiap kali awal tahun macam-macam perkara yang kita nak buat dan rancang sepanjang tahun. InsyaAllah saya harap tahun ini saya dapat merealisasikan mimpi-mimpi saya, doakan saya berjaya.

Tahun lepas saya membuat cabaran untuk membaca 50 buku setahun tetapi saya tidak berjaya menunaikan cabaran ini, saya cuma berjaya membaca dalam 30 lebih buku sahaja. Tidak mengapa kita cuba lagi tahun ini ek. Semoga berjaya Oda!! 

Ok la saya dah kemengantukan yang amat jadi saya akhiri entri sampai sini je la ek. Semoga tahun ini lebih baik buat kamu dan saya juga, InsyaAllah.

p/s: Doakan saya rajin menulis entri tahun ni ek..