Wednesday, September 22, 2010

Raya, Birthday dan Wedding

Assalamualaikum,

Huhu, semua baru je balik dari cuti raya ek, mesti sekarang ni mood pun tak berapa ada nak keje kan. Sama la kita, saya rasa sangat malas nak kerja bila pergi kerja pun asyik teringat raya lepas je. Saya sampai KL hari rabu minggu lepas, sampai je terus masuk kerja malam tu. Jadual saya agak sibuk kebelakangan ni, lepas raya kerja dan hujung minggu ada kelas lagi. Lama sangat tak updates blog ni, entry kali ni cuma untuk bercerita tentang cuti raya lepas.

Gambar raya kami, nampak hensem la pulak Abe ni (^_^)

Raya kali ni agak sibuk dengan macam-macam dan raya kali ni jugak la umur saya bertambah satu angka. Hari jadi saya jatuh pada raya ke dua, seronok jugak la sambut hari lahir masa raya sebab boleh sambut dengan keluarga tapi mak saya buat majlis hari jadi jemput semua sedara-mara, rasa macam budak kecik la pulak, huhu tapi memang best.

Happy 26th Birthday for Rozila and Me (^_^)

Raya kali ni jugak ada majlis kawin dalam keluarga saya, seronok dan memenatkan. Adik sepupu saya kawin, jadi kitaorang sangat sibuk dengan semua persiapan untuk majlis kawin. Dah lama tak ada majlis kawin dalam keluarga, dari sebelum raya sampai la ke hari majlis semua orang sibuk dengan majlis kawin ni. Alhamdulillah semua bejalan lancar, walaupun semua orang letih dengan majlis ni tapi buat persiapan majlis dengan keluarga memang best.

Selamat pengantin baru Nor (^_^)

Bila hari nak balik ke KL saya jadi sayu je, bila la boleh cuti balik kampung lagi. Raya haji nanti tak tau lagi boleh balik atau tak, minggu sebelum dan selepas raya ada exam. Owhh cakap pasal exam teringat dengan kelas, ada 7 assignment yang masih pending. Peningnya kepala memikirkan semua tu, wawawaaaa. Ok la, dah lewat petang ni nak bersiap pergi kerja pulak.

p/s: Malasnya nak pergi kerja...

Saturday, September 4, 2010

Salam Merdeka dan Aidilfitri

Assalamualaikum...

Lama bangat tak meng'updates' blog ni, ops terguna bahasa indonesia la pulak. Ditengah-tengah kontroversi Malaysia-Indonesia ni, apa yang diaorang marah sangat dengan Malaysia entah, malas nak komen banyak tapi sebagai rakyat Malaysia saya terasa jugak. Nak-nak benda ni berlaku masa kita tengah menyambut bulan kemerdekaan, bulan puasa pulak tu. Kesian pulak dengan pegawai kita di kedutaan Malaysia di sana. Dua-dua negara islam, bukan kita ni bersaudara ke?

Salam Merdeka. Saya sayang Malaysia dan Kelantan, huhu (^_^)

Dah lama tak updates blog, mula pun dah teremosional ek. Cakap pasal hari merdeka ni, tahun ni saya sangat seronok sebab office buat pertandingan hiasan kemerdekaan antara team. Tiba-tiba kitaorang semua jadi sangat competitive, office penuh dengan bendera, semua team bersungguh-sungguh nak menang. Yang paling best sebab office saya ni tak ramai melayu, jadi tak kira melayu, cina atau india semua semangat. Siapa sangka diaorang ni semua sangat patriotik, mula-mula tu nampak macam diaorang nak menang je tapi bila tengok macam-macam idea yang keluar semua orang jadi sangat patriotik. Wahai kawan-kawan MSD ku semua, saya bangga dengan korang semua. By the way, team saya menang nombor dua. Kira hebat la tu sebab sangat sengit saingannya, huhu. Harap-harap tahun depan semua orang pun sama jugak. Walaupun lambat saya nak ucapkan Selamat Hari Merdeka ke 53 semua.

Penuh dengan bendera kan, hari last masa juri datang lagi meriah dengan ada team pakai pakaian tradisi setiap kaum di Malaysia.

Hari ni dah mula cuti raya, huhu awal ek. Tak sia-sia kerja berpenat lelah dua minggu ni, akhirnya dapat cuti. Saya cuti sampai 15 hb ni, alhamdulillah tahun ni dapat lagi cuti raya lama. Tapi isnin 6 hb ni baru balik sebab hujung minggu ni ada kelas, tensen kan dalam mood raya ni kena pergi kelas lagi, hehe. Disebabkan ni mungkin entry last sebelum raya jadi nak ucapkan Selamat Hari Raya semua, selamat bergembira dengan keluarga masing-masing. Macam biasa, balik nanti yang memandu hati-hati ok, ingat orang tersayang yang menunggu kepulangan kita. Rancang perjalanan, jangan tergesa-gesa bawa kereta ikut had laju yang ditetapkan. InsyaAllah semoga raya nanti kita dapat bersama keluarga.

Salam Aidilfitri. Imej ambil dari iluvislam

Banyak cerita nak tulis ni tapi dah lewat sangat, dah pukul 2.24 am dah. Esok ada kelas jadi nak kena masuk tidur dah ni. Nak habiskan buku 'The lost Symbol' tu lagi, tinggal berapa muka surat je lagi sebab esok nak mula baca buku baru, 'Tengelamnya Kapal Van Der Wijck' karya HAMKA. Hehehe, kelas esok patutnya study la sket kan, ni fikir nak baca buku cerita lak. Sebenarnya dah tak tahan tengok buku study sebab dalam 2 minggu ni siapkan 2 assignment nak kena hantar esok. Lama tak buat assignment rasa macam benda yang paling susah di dunia je, tu la kalau orang tua belajar kan. Hehe membebel pasal study lak, ok la semoga jumpa lagi di lain entry ek, daaaa.

p/s: Sibuk-sibuk 2 minggu lepas pun sempat lagi tengok drama 'Bread, Love and Dream' kat KBS, hehe.